Pengikut Setia

Sunday, October 31, 2010

Ketika Allah Berkata Tidak

“Ya Allah jauhkanlah aku dari kesulitan!”
Allah berkata, “Tidak. Kesulitan dan penderitaan telah menjauhkanmu dari jerat duniawi dan mendekatkanmu pada-Ku. Kesenangan telah melalaikanmu dari mengingatiKu. ”

“Ya Allah, berilah aku rezeki yang halal!”
Tidak. Dalam kitab suciKu, telah kuberikan panduan mana rezeki yang halal, mana yang haram. Tinggal engkau melaksanakannya. ”

Thursday, October 21, 2010

Tips/Panduan Atasi Zina Hati

Selagi dinamakan manusia, kita mempunyai perasaan suka mengasihi dan dikasihi. Memang adat kehidupan bahawa kasih cinta didahului dengan berasa rindu, namun jangan pula rindu berlebihan.
Kerinduan kepada kekasih, sering kali membekaskan duka, penyakit menyebabkan kelemahan hati.

Kita sebenarnya berperang dengan perasaan. Namun, seorang Muslim akan terasa nikmat jika dapat menjauhi keluhan, kesedihan dan kerinduan ini.

Ibnu Qayyim memberikan terapi mujarab mengenai masalah rindu.

Monday, October 18, 2010

Akhirnya!!

♫ ♫ Akhirnya, kini pasti, bla bla bla.... ♫ ♫



Sunday, October 17, 2010

Today Was A Fairytale!!

Hari ni bagaikan mimpi indah untuk aku... Dapat bertemu dengan seseorang yang aku kenal, terpisah dua tahun lepas... Alhamdulillah, dapat juga peluang untuk aku bertemu dengan dia... Walaupun pertemuan itu berlaku dengan masa yang amat singkat, tapi ia sungguh bermakna untuk diriku... Aku tak mahu berucap panjang kerna hanya dia je yg faham crita ni.... Kisah Tentang Aku & Dia - Hanya aku dan dia saja yg tahu cerita ni... Heee~ Lagu ni ditujukan khas utk dia yg membaca kisah ni....

Thursday, October 14, 2010

Modenas GT128 Facelift???

Pukul 12.36 a.m, jari-jemariku mula menari diatas keyboard lappy aku ni... Dengan menggunakan M*x*s Broadband yg baru berusia 6 hari, aku bleh online dengan pantas dan bergaya! Hahahahaha... Ditemani oleh Amir Nui2 disebelah dan roomate bersama dengan laptopnya.... Adoi... Panasnya malam ni... (Tetiba je...Hehe)

Okay! Malam ni aku nak share2 sikit kpd sapa yg nak baca ape yg aku nak tulis ni.... Tengok gambar kat bawah ni mesti korang dah tau ape yg aku akan cerita malam ni.....


Saturday, October 9, 2010

Nikah Khitbah : Solusi Masalah Cinta Remaja

Oleh : Ustaz Maszlee Malik

Khitbah Bukan Tunang
Salah seorang remaja dari salah sebuah IPT di Gombak pernah mengatakan, “Alah, takkan tak boleh couple ustaz, kita ni bukan hidup zaman dulu lagi. Lagipun bukan buat apa-apa, untuk suka-suka aje!”.

Penulis menjawab: “Siapa kata tak boleh coupling? Nak bercouple, bercouplelah, tapi kena dengan cara yang halal…iaitu bernikah!”.

Jika diutarakan persoalan nikah, ramai yang akan memberikan respon yang skeptic. “Mana ada duit!”, “Nak bagi anak orang makan apa?”, “Mak bapak tak kasi!”, “Nak tinggal di mana?”, “Mana ada kerja lagi!”, “Diri sendiri pun tidak terjaga!” dan pelbagai alasan lagi. Mengapa mereka boleh mengemukakan alasan-alasan untuk melakukan perkara yang halal, tetapi tidak langsung mengemukakan untuk melakukan perkara yang haram? Jawapan saya bagi segala persoalan tersebut, mudah sahaja… “Kamu wajib berkhitbah!”.

Manual Bercinta: Cinta Tidak Perlu Diungkap

Oleh: Ahmad Fahmi
Editor: Rasailul Ashwaq

Fana, itulah perkataan yang tepat apabila berbicara soal cinta. Cinta itu segalanya indah, tapi ramai jua merasai pahitnya cinta.

Selepas saya menulis beberapa artikel yang menyentuh serba sedikit tentang isu evergreen iaitu CINTA, membuatkan diri ditempatkan oleh pembaca menjadi salah seorang dari rujukan. Sedangkan nikah pun belum, ayat power dan sakti untuk mencairkan wanita belum lagi digunakan. Dan sekarang satu demi satu ada yang meminta pandangan.

Monday, October 4, 2010

20 Fakta Tentang I5RA3L


Berikut 20 fakta Israel yang belum banyak kita ketahui :
1. Selain bangsa yahudi, bangsa lain dilarang membeli atau menyewa tanah di Israel.
2. Setiap bangsa yahudi yang ada di setiap Negara di seluruh dunia menjadi warga negara Israel secara automatik. Sementara warga Palestin yang lahir di tanah negerinya sendiri sejak puluhan abad yang lalu diusir ke luar Palestin?
3. Penduduk Palestin yang menetap di kawasan Israel harus menggunakan kenderaan dengan cat dan warna khas untuk membezakan antara bangsa yahudi dan non yahudi.