Pengikut Setia

Monday, October 18, 2010

Akhirnya!!

♫ ♫ Akhirnya, kini pasti, bla bla bla.... ♫ ♫




Hari ini model GT128 Facelift dilancarkan dengan rasminya melalui laman Fanpage Modenas... :D :D
Setelah berminggu2 ku menunggu dengan membuka fanpage tersebut hampir setiap hari, dapat juga ku melihat rupa keseluruhan model tersebut.... So, sebelum aku ceritakan lagi apa perubahan yg ketara bagi edisi kali ini, elok la korang tengok2 dulu gambar2nya...

Ini GT Merah
Ini GT Biru
Ini GT Oren

Terdapat 3 warna sebenarnya untuk model terbaru ini - Merah, Biru dan Oren menggantikan warna2 asal iaitu Putih, Oren, Hijau, Kelabu dan juga Hitam... Yang kaler Hitam ni tiba2 je masuk market... Heran jugak aku... Heheheheheh..... Okay, kat bawah ni pulak gambar edisi yang sebelumnya.... Sambil tengok2 tu, try la tilik perubahan2 yg ada... =)
Okay, nampak tak ape yg berubah?? Yang pasti sticker je yg berubah kan.... Seperti yang diceritakan dalam fanpage Modenas, tedapat 8 perubahan yg di applied pada keluaran terbaru ni... Antaranya:
  1. Tayar tubeless berjenama IRC Wing Series dari IRC Thailand - Sebelum ni guna FKR TubeType
  2. Alloy rim berwana hitam dan berlining krom - Sebelum ni warna kelabu
  3. Front fork brand KAYABA
  4. Rear KYB absorber yang diperbaharui spesifikasi spring K dan berwarna hitam
  5. Seat baru dengan kemasan kulit
  6. Corak grafik terbaru
  7. Warna baru - Merah, Biru dan Oren
  8. MF Bateri 4.5 Ah
Mengikut hemat saya (ayat skema), model ni sure lebih baik dari sebelumnya... Harga pula sure naik, tapi sikit je la... Model ini dijual dengan harga RM5,168 (tidak termasuk dengan roadtax dan insurans)... Kira amat berbaloi-baloi la...  Harap2 lepas ni ada la peluang test ride.. Hehehehe.... Tapi yang penting, suatu hari nanti akan ku pergi jua kedai2 moto berhampiran semata-mata untuk menyaksikan motosikal ni dengan lebih dekat... So kepada semua pemilik2 dan bakal pemilik2 GT yg sedang  membaca post ni, jom join forum kita di alamat www.gt128riders.com yer!!

+ credit to gt128riders.com

1 comment:

  1. ijat: wow!!, lawa jgk.. ak nk bli jgk ah.. haha..

    ReplyDelete