Sweet Charity – Teratai
Oh teratai bunga indah
Engkaulah pujaan hatiku
Telah lama aku rindukan
Wahai teratai bunga indah
Sungguh cantik paras wajahmuEngkaulah pujaan hatiku
Telah lama aku rindukan
Wahai teratai bunga indah
Sinar matamu bagaikan suria pagi
Setiap insan selalu terpikat
Memandangmu teratai bunga indah
Ku tak menyangka wahai teratai ku sayang
Badai taufan datang menghembus dirimu
Engkaupun terkulai dan merunduklah
Layu tak berseri lagi
Oh Tuhan tolong lindungilah dia
Agarku dapat bersamanya lagi
Ku inginkan teratai ku sayang
Berseri seperti semula
Teratai bunga indah…..
p/s: Jom layan lagu ni sambil baca karangan dibawah…
*****************************************
Sebenarnya entri ni dah lama inginku karang.. Kerana kesempitan masa tak dapat aku nak tulis.. Tapi malam ni aku rasa teringin sangat2 nk tulis kisah pasal Teratai ni…
Teratai – sejenis bunga yg tumbuh dipermukaan air.. Biasanya tumbuh disekitar tasik atau kolam.. Bunganya begitu cantik sekali… =)
Tetapi, macam mana Teratai boleh jadi topik utama malam ni? Korang mesti tertanya2 kan?? Senang cerita, Teratai ni aku kaitkan dengan seseorang..
Kisah ni bermula apabila aku dipilih untuk menyertai Program Latihan Khidmat Negara Kumpulan 1/Siri 5 bertempat di Benum Hill Resort, Raub, Pahang pada bulan Disember2007 hingga Mac2008.. Kem tu terletak kat atas bukit, dikelilingi oleh gunung-ganang dan landskap di dalam kem tu begitu menenangkan fikiran, ikhlas dari pandangan aku.. Then, entah macam mana aku bleh tertarik kat sorang wirawati di kem tu.. Jap, sebelum tu rasanya tak payah la aku cerita siapa wirawati tu.. Biarlah aku dan dia saja yg tahu cerita ni..
Okay, back to the story.. Sepanjang program tu berlangsung, aku asyik ternampak/terserempak ngan dia.. Bleh cakap tiap2 hari la.. Dia tak tahu yg aku syok kat dia.. Kira aku la yg syok sendiri.. Then, pada suatu hari nama Teratai telah menjadi nama pengganti untuk diri dia.. Kerana setiap kali aku pergi ke dewan makan, mesti melintasi tasik dgn jambatan dan disitulah terdapatnya bunga2 Teratai yg tumbuh mekar didalam tasik tu.. Jika ada kesempatan, aku akan singgah sebentar di atas jambatan tu dan tengok bunga tu sebagai pengubat rinduku terhadap dia.. Sebenarnya ketika aku menjalani latihan, nama Teratai paling banyak diguna dan disebut2.. Kelas Teratai – selalu buat aku tersenyum sendiri.. Tak kisah la korang nak anggap aku ni syok sendiri ke ape ke.. Yang penting aku dah cerita yg sebenar2nya.. Bukan cerita reka2 ni..
Rasanya dah hampir 3 tahun aku tinggalkan tempat tu.. Teringin sangat nak datang melawat kem tu.. Tapi ikhlas nak bagitahu, dia lah Teratai yg paling subur didalam hatiku ni.. Walaupun aku dan dia jarang sekali bersua muka, aku tetap teguh menunggu dia sehingga sampai masanya nanti.. Itulah janji aku.. Okay, rasanya cukup untuk malam ni.. Final pun just around the corner, tapi study lak tak berapa nak betul lagi.. Wish me a luck okay!! =)
No comments:
Post a Comment