Pengikut Setia

Monday, November 15, 2010

Ride from Sitiawan to Kuala Terengganu

Assalamualaikum w.b.t..

Bertemu kita kembali di blog Kisah Tentang Aku dan Dia... Hehehehe....

Tonight, I would like to tell you about my ride from my campus (UniKL MIMET in Lumut, Perak) to my home (Kuala Terengganu)... =)


Untuk pengetahuan semua, aku pernah ride dari Perak ke Terengganu sebanyak tiga kali...

Kali ni aku bawak motosikal GT128 ku yg berwarna putih a.k.a 'Kuda Putihku' melalui jalan/route yg berbeza atas cadangan kawan2ku Ajey, Hani, Barey, Bakar.. Dalam ride kali ni juga, aku sorang je yg bawak moto, kawan2 aku lak naik sebuah kete...

Ni kawasan yg aku lalui :
MIMET > Sitiawan > Sri Iskandar > Ipoh > PLUS Ipoh-Kuala Kangsar > Kuala Kangsar > Lenggong > Gerik > Banjaran Titiwangsa > Jeli > Tanah Merah > Machang > Jerteh > Besut > Setiu > Tepoh > Batu 6 > My Home
Jarak : Lebih kurang 538km

Kalau dibandingkan sebelum ni :
MIMET > Sitiawan > Beruas > Kuala Kangsar > Lenggong > Gerik > Banjaran Titiwangsa > Jeli > Tanah Merah > Machang > Jerteh > Besut > Setiu > Tepoh > Batu 6 > My Home
Jarak : Lebih kurang 520km

Kesimpulan awal, route pertama jauh sedikit berbanding yg kedua tetapi di route pertama aku boleh speeding (bawak laju) sebab lalu jalan highway.. Route Beruas aku tak boleh laju sebab jalan macam haram jadah... Hehehe...

Perjalanan aku bermula pada jam 9.30pagi lebih kurang, dan sampai ke destinasi pada jam 6.30petang.. So, masa yg dihabiskan untuk ride ni dalam 9jam je... Tetapi 'awek'ku kehabisan petrol ketika dalam perjalanan ke Gerik.. Mujurlah kawan2ku sedia membantuku mencari petrol di stesen minyak Shell yg terletak 1km dari tempat kejadian.. Terima kasih ye kawan2... Hee~ Perjalanan kali ni aku tak banyak berhenti rehat kecuali berhenti isi minyak... First, aku berhenti di R&R Titiwangsa (gambar diselitkan dibawah) dan kedua di Masjid Hadhari, Jerteh...

Okay, jumlah Ringgit Malaysia yg aku habiskan untuk mengisi minyak adalah sebanyak RM23... Adakah ia mahal atau murah bagi kapcai model GT128?? Heheheh... Bagi aku ia sungguh jimat! Aku tak nak la bandingkan dengan pesaing2 lain seperti Y135LC/Wave125/etc2..

Tentang speed/kelajuan pula, average speed yg aku bawak dalam 110km/h jalan biasa dan 90km/h atas bukit.. Manakala top speed yg aku dapat 160km/h jer atas highway... For your information, my bike is all standard! Not modified on its sprocket and engine.. (Sorry for broken English, I used to do that.. Hee~)

Seperti yg dijanjikan, aku nak share sikit gambar2 di Puncak Titiwangsa... Enjoy!

My beloved friends...
Sight view from R&R Titiwangsa...
That's me...
Buah tangan dari Puncak Titiwangsa... Hee~
Nampaknya tu je gambar2 yg aku boleh share ngan korang.. Sebenarnya tak banyak pun gambar aku capture sepanjang perjalanan.. InsyaAllah next ride aku akan try capture banyak2 okay... =) Rasanya setakat kali ni je untuk entry kali ni, sebarang komen atau cadangan boleh letak kat ruangan komen okay.. See ya! Wassalam...

2 comments:

  1. alhamdulillah... semoga selamat pergi dan balik... selamat ari raye... pas ni jgn lupa upgrade safety riding part plak..ok.
    arap sentiasa brhati2.. perkara nk brlaku x d jangka.. kirim salam pd semua kt sana...

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah, klau ade fulus memang nak angkat 1set..
    maklumla student, duit prefer ke tempat lain dulu... hehehehe..
    slamat hari raye gak bro...
    moga hepi2 n sihat2 selalu... =)

    ReplyDelete