Pengikut Setia

Sunday, August 28, 2011

Selamat Hari Raya!


Assalamualaikum!

Dikesempatan ini shuzack ingin mengucapkan selamat menyambut kedatangan bulan Syawal yg tinggal sehari lagi. Pejam celik pejam celik kita dah hampir meninggalkan Ramadhan yg mulia ini. Semoga kita dipertemukan dgn Ramadhan di tahun depan, InsyaAllah.


Okay, berkenaaan dengan gambar diatas. Gambar ni masa shuzack berhenti rehat semasa dalam perjalanan dari UniKL MIMET ke rumah shuzack di Kuala Terengganu. Dalam ride kali ni shuzack bersama dengan 2 buah Y135LC, 2 buah Y125Z dan sebuah RXZ. Sungguh syok ride kali ni sebab shuzack telah melenjan si Taylor habis-habisan. 160km/h gak top speed shuzack dapat. Boleh la nak bersaing dengan geng-geng Yamaha. Hehehehe. Bermula pukul 6.20pagi dan sampai ke destinasi pada pukul 3.20petang.

Tapi bila sampai Tasik Banding, shuzack dikejutkan dengan 'traffic jam' yg teramat panjang. Entah brapa km jalan tu jam. Tengok2 ada lori bawa papan lapis terbalik. Mau tak jam dibuatnya. Memang kesian orang balik kampung dengan kereta dan bas terpaksa menunggu beberapa jam untuk melepasi kawasan tu.

Apa-apa pun shuzack bersyukur dapat sampai ke rumah tanpa sebarang kejadian yg tidak diingini. Semoga hari Lebaran ini memberi seribu makna untuk diriku ini.

Wassalam.

1 comment:

  1. Sesat dihutan tiada ikhtiar
    Seorang diri dibelenggu kesunyian
    Bangga sungguh Baddrol Bakhtiar
    Menyumbat Gol Tanda kemenangan

    Lawan Musuh Sentiasa Waspada
    Kekuatan diri janganlah lupa
    Tahniah pada Harimau Muda
    Menunduk Lawan Garuda Muda

    burung punguk diatas para
    mengurat pasangan sama baya
    Ong Kim Swee jurulatih Negara
    Panjang akalnya banyak helahnya

    Anak kera Pokok dipanjat
    Naik atas sipokok manggis
    Ada tergamam ada terperanjat
    Ada bergembira ada menangis

    Bapak ayam tiada Paruh
    Dipelihara oleh Wak Dol
    Jantung bagai nak luruh
    Melihat bola masuk gol
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Story terbaru blog kami...
    teknik penyaduran chrome electro

    ReplyDelete