Pengikut Setia

Saturday, July 23, 2011

[Tutorial] Cara Membuang Virus Facebook Chat

Assalamualaikum dan salam sejahtera!

Selamat berhujung minggu shuzack ucapkan kepada pembaca setia blog ini. Maaf dah lama blog ni bersawang akibat tiada post baru. Ini kerana shuzack sibuk dengan aktiviti-aktiviti dirumah dan juga kelab motosikal yang shuzack join. Sekarang ni shuzack dah habis cuti dan kini berada di UniKL MIMET, Perak dimana shuzack belajar mengambil jurusan Naval Architect & Shipbuilding.

Okay, cukup dengan sedikit cerita dari shuzack, hari ini shuzack ingin mengajar bagaimana untuk menghapuskan virus 'hi. how are you?' yang tersebar sejak akhir-akhir ini melalui Facebook Chat. Bercerita tentang virus ini, shuzack pernah hampir terkena ketika shuzack 'on' chat pada Facebook. Mesej berbunyi 'hi. how are you?' akan dihantar dari salah seorang dari friendlist shuzack. Akan tetapi shuzack tidak melayan mesej sebegini kerana shuzack tahu rakan-rakan FB shuzack buang tebiat berbahasa Inggeris. Sorry to say! Hehehe.

Sedikit kronologi bagaimana virus ini memasuki komputer anda.


Mesej dihantar berbunyi: 'hi. how are you?'
Jika anda membalas mesej begini akan dibalas,
'Wanna laugh?'
Jika anda membalas lagi,
'It is you on the video ?)) want to see?)'
Jika anda membalas mesej tersebut, link ke sebuah website akan keluar.
Link ini akan membawa anda ke laman YouTube PALSU! Sila fahami gambar dibawah.
Nampak macam YouTube kan? Ya, sama tapi tak serupa! Jika anda perhatikan betul-betul, ini bukan laman YouTube yang asli. Ia diubah sedikit pada kodnya untuk kelihatan seperti laman yang original. Jika anda klik pada link 'Download it from Adobe' ia akan memuat turun file yang bernama Flash-Player.exe kedalam komputer anda tanpa disedari. Dan dari situ lah virus akan tersebar kepada rakan-rakan anda yang lain.

Bagaimana cara untuk membuangnya?

Cara Pertama:
Cara ini sesuai jika anda tidak dapat login akaun Facebook anda melalui komputer yang telah dijangkiti virus.

1. Tekan butang Windows dan R secara serentak pada papan kekunci komputer anda. Salin kod ini, C:\Windows\System32\drivers\etc dan paste pada kotak yang disediakan pada dialog run. Klik OK.

2. Satu tetingkap akan keluar. Double klik pada file host dan buka dengan menggunakan Notepad.

3. Apabila Notepad sudah dibuka, cari line ini 127.0.0.1 http://www.facebook.com/ dan padam keseluruhannya.

4. Tutup dan save notepad tersebut dan restart komputer anda.


Cara Kedua:
Untuk membuang virus ini pada komputer anda, cara ini perlu dilakukan. Cara ini memerlukan sedikit kemahiran tentang komputer. Bagi shuzack, cara ini tidaklah susah sangat. Cuma anda perlu fahami betul-betul langkah-langkah yang bakal diceritakan nanti.

1. Buka Task Manager dengan menekan butang Ctrl, Shift dan Esc serentak pada papan kekunci komputer anda.

2. Klik pada 'Process' tab dan cari proses yang bernama fbtre6.exe dan mstre6.exe dan klik 'End Process'. Lakukan dengan satu persatu.

3. Kemudian, buka 'Registry Editor' dengan menekan butang Windows dan R pada papan kekunci.

4. Cari dan delete values dibawah menggunakan 'Navigation Pane' (1)
HKEY_LOCAL_MACHINE\SOFTWARE\Microsoft\Windows\Current Version\Run\"systray" = "c:\windows\mstre6.exe"
HKEY_LOCAL_MACHINE\SOFTWARE\Microsoft\Windows\Current Version\Run\"systray" = "C:\Windows\fbtre6.exe"
AWAS! Pastikan anda padam value yang betul untuk mengelakkan  daripada kerosakan sistem. Sekiranya anda tidak tahu bagaimana untuk menggunakan Registry Editor sila ke sini.


5. Tutup Registry Editor dan buka My Computer > Local Disk (C:) > Windows. Delete fail yang bernama:
mstre6.exe
fbtre6.exe
fmark2.dat
6. Tutup semua aplikasi dan restart komputer anda.


Sekarang komputer anda sudah bebas daripada virus yang diberi nama Koobface! Untuk mengelakkan daripada akaun Facebook anda diambil alih oleh pihak ketiga, sila tukar katalaluan secara berkala. Pastikan katalaluan itu kuat dan tidak mempunyai kaitan dengan anda. Sebarang pertanyaan dan cadangan bolehlah dikemukakan melalui ruangan komen atau Kotak Menjerit yang disediakan. Sebar-sebarkan dan selamat beramal! =)


Makluman : Shuzack benarkan anda share mana-mana artikel didalam blog ini untuk kemudahan orang lain. Pastikan anda sediakan link asal artikel yang anda ambil ya. =)

10 comments:

  1. kalu kacau windows trus cam ne ?? windows xp.. just msuk dkat boot safe mode.taleh ke dekstop ?? any soltion ?

    ReplyDelete
  2. boleh detailkan lagi? saya x brapa faham...
    normal mode xleh masuk ke?

    ReplyDelete
  3. cuki....
    tengs 4 sharing..ak da kne dr semlm...hathoi...
    nk share kt blog ak jgk bley???

    ReplyDelete
  4. tqvm for the solution! :) nk share ye. tq! :)

    ReplyDelete
  5. The Best 10 Casinos in San Jose, CA
    San Jose, CA – We created the Best 10 Casinos 전주 출장안마 in San Jose, CA. Play over 창원 출장샵 200 slots, table games and live casino games. The Best 충청남도 출장안마 Casinos in San 경산 출장마사지 Jose, CA · Top 10 Casino Sites: 구리 출장샵 Casimba.io.

    ReplyDelete