Pengikut Setia

Wednesday, July 6, 2011

D.I.Y. Pemasangan Pengecas Handphone/Pencucuh Rokok Pada Motosikal

Assalamualaikum!

Malam ni seperti dijanjikan semalam shuzack akan ajar cara-cara untuk memasang alat pengecas handphone atau lebih dikenali sebagai pencucuh rokok pada motosikal. Kebiasaannya benda ni hanya terdapat pada kereta. Dan atas kehendak shuzack sendiri, shuzack buatkan khas untuk 'Taylor' kesayanganku. Bukan apa, shuzack pasang pun bukan kerana shuzack seorang perokok. Tapi shuzack buat ni sebab mudah nak cas handphone terutama ketika long distance ride. So, tak payah la sampai menumpang di masjid semata-mata nak cas handphone. Kan kan kan??


Amaran!
Pemasangan alat ini akan melibatkan sistem elektrik dan coverset motosikal anda. Sebarang masalah adalah tanggungjawab anda.
Anda mesti mempunyai semangat dan tenaga yg mencukupi semasa melakukan kerja-kerja ini.

Okay, kita teruskan kepada topik kita kali ni iaitu cara nak pasang pengecas handphone dan lepas ni shuzack akan tulis power point. Mula-mula, cari barang-barang seperti dalam gambar dibawah di kedai elektronik. Untuk pencucuh tu kena cari di kedai kereta.

Senarai barang dengan harga:
  1. Pencucuh rokok   - RM15
  2. Suis (berlampu)    - RM1.50
  3. Fuse with holder   - RM4.50
  4. Wire 2m               - RM0.30
Jumlah keseluruhan - RM21.30*
* Harga mungkin berbeza mengikut tempat.

Barang-barang ni shuzack cari disekitar Bandaraya Warisan Pesisir Air. Siapa tahu angkat tangan! Hehehe.

Langkah seterusnya, sambung komponen-komponen tadi mengikut diagram dibawah.
Peringatan : Jangan pateri suis dan fius dulu. Anda boleh berbuat demikian setelah anda memasukkan komponen tersebut pada lubang yg telah ditebuk.


Pastikan anda pateri komponen-komponen ini sebaik mungkin. Ini untuk mengelakkan wire terputus dengan tiba-tiba. Selepas itu test sambungan tadi dengan multimeter, pastikan punat pencucuh ditekan untuk mengalirkan arus didalam litar (litar tertutup).


Next, pilih tempat yg sesuai untuk memasang alat ini. Kepada pemilik motosikal Modenas GT128, saya cadangkan anda meletak alat ini pada bahagian kiri sama aras dengan kunci utama. Lihat gambar untuk lebih pemahaman.

Selepas itu, drill atau dengan kata lain gerudi tempat yg berjaya dikenal pasti dengan alat driller. Lakukan dengan berhati-hati untuk mengelakkan sebarang kemalangan. Kemaskan lubang yg telah ditebuk dengan menggunakan kikir.


Masukkan alat tadi pada lubang yg telah dikemaskan, pastikan ia betul-betul kemas dan tiada lubang halus untuk mengelakkan dari dimasuki air. Kemudian pateri suis dan fius tadi.


Sambung wayar positif (+) atau merah pada wayar Hitam/Putih (wayar horn pada motosikal GT128) dan wayar negatif (-) pada frame/chasis motosikal. Untuk motosikal GT128, sila rujuk gambar dibawah. Perlu diingatkan setiap brand motosikal mempunyai kod warna wayar tersendiri. Oleh itu sila rujuk wiring diagram motosikal anda.


Akhir sekali, test sambungan tadi dengan menghidupkan enjin motosikal anda. Cuba pasang charger handphone anda pada pencucuh. Kalau tak menjadi, cuba semak semula sambungan litar. Diingatkan anda mesti menghidupkan enjin setiap kali ingin menggunakan alat ini. Jika tidak, bateri motosikal anda akan cepat 'kong'.


Tahniah! Anda telah berjaya memasang alat pengecas handphone atau pencucuh rokok. Sebenarnya, alat ini mempunyai banyak fungsi. Anda boleh memasang Voltage Stabiliser, Laptop (memerlukan power inverter) dan segala alat elektrik yg ada didunia ini. Yang penting anda mesti menghidupkan enjin ketika mengguna alat ini. Gambar dibawah merupakan contoh alat yg boleh dipasang.


Sekian saja untuk kali ini. InsyaAllah next entry shuzack akan buat cara membina alat penstabil voltan atau voltage stabilizer. Sebarang soalan dan cadangan bolehlah dikemukakan pada ruangan komen dan 'Kotak Menjerit'. Terima kasih.

21 comments:

  1. terbaeeeeeeeeeeeek.......satu hasil kerja yg baik...tp apasal tempat cucuk rokok tu mahal gila ko beli.....kalu rm15,sini boleh dapat 3 tu......mahal mahal mahal......

    ReplyDelete
  2. entah ler.. org ckap tesco ade jual yg murah2 tp malangnya xde tesco kat KayTee.. terpaksa cari dikedai kete.. huhu

    ReplyDelete
  3. sambungan wayar merah ke hon tu bergantung pd jenis motor kan? yg pasti dia memang sambung dkt wayar hon la kan... dan wayar hitam pd chasis motor.. frame/chasis motosikal motor tu mcm mne sy x brpe sngt pham.. body besi enjin tu ke?

    ReplyDelete
  4. yes.. lain moto lain wiring dia
    chassis ni besi rangka moto.. kalau boleh cari point besi yg paling dekat dgn horn, so x la bazir wire nnt..
    pastikn sblum sambung wire tu check point besi tu ada arus ke x guna multimeter

    ReplyDelete
  5. bro.. klu nk direct g bateri and pkai voltage stabilizer oke tak?

    ReplyDelete
  6. ok gak tu. bateri kena jaga sikit la. takut cepat kong. hehe

    ReplyDelete
  7. jap2... xpaham yg -tve to frame tu.. mksdnye mcm mne??? nk smbung ke mane yg negatif tu???

    ReplyDelete
  8. @shakrul, wire negative sambung kat chassis/rangka moto. sebab point negatif motosikal pada bahagian chassis. untuk lebih pemahaman, sila rujuk kepada pakar yg berdekatan dgn anda.

    ReplyDelete
  9. tgk mcm sng jer...aku dh lma nk pasang...

    ReplyDelete
  10. bro..kalo time on...bende ni die punye luar panas sangat tak..sebab takot bole effect laen...

    ReplyDelete
  11. kalau nk pasang dlm bilik tuk nyala rokok,pakai elektrik rumah sama gak ke..fius same ke?

    ReplyDelete
  12. aku nak pasang kat honda future cam ne ye

    ReplyDelete
  13. @faeiz, tak pasti la. baik jgn ikut DIY ni. takut nanti meletup je..
    @ariffin, ikut cara sama, sambung wire positif kat positif hon dan negatif pada chassis/body. kod warna sila rujuk manual.

    ReplyDelete
  14. ape function suis tu ??
    klu x pakai suis xpe an ?

    ReplyDelete
  15. fius tu wajib pkai ke ape???

    ReplyDelete
  16. terbaik....bro rasa nak cuba pm no tel shuzack atau shuzack ada fecebook

    ReplyDelete
  17. pm kat sy zoro_zack81@yahoo.com fecebook atau tel sy 0176214344.....hasil terbaik...

    ReplyDelete
  18. Bro..suis selalunya org letak dkt negative point...lebih afdal...sbb kalu dkt positive,suis cpt kong sbb stiap kali kita on kan suis tu,spark akan terhasil...keladak carbon pon akan terjadi...sekadar pandangan...

    ReplyDelete
  19. Bro boleh tolong pasangkan tak nak pasang tapi tak berapa fahm ni no aku 01136704779 shah pasang kat motor modenas gt 128

    ReplyDelete
  20. Bro boleh tolong pasangkan tak nak pasang tapi tak berapa fahm ni no aku 01136704779 shah pasang kat motor modenas gt 128

    ReplyDelete