Pengikut Setia

Saturday, July 2, 2011

QR Code



Assalamualaikum!

Di hujung minggu ni shuzack ingin anda cuba sesuatu. Cuba anda imbas QR code diatas, ada mesej tersembunyi didalamnya. Sesiapa yg dapat jawapan sila post pada ruangan komen ya. Sebagai balasan shuzack akan follow blog anda.

Tak ada software nak imbas? Okay, shuzack bagi link untuk anda muat turun software yg dinamakan UpCode. Sila klik sini ya. Perlu diingatkan software ini khas untuk pemilik henfon yg mempunyai kamera sahaja!

Sedikit pengenalan, QR code atau nama penuhnya 'Quick Response Code' adalah kod dua dimensi yg hanya dapat dibaca oleh peranti pembaca kod QR dan telefon bimbit. Kod ini terdiri daripada segi empat tepat yang disusun untuk menghasilkan satu corak. Corak ini terhasil mengikut data-data seperti teks, kad bisnes dan maklumat diri yang telah di'enkod'kan didalamnya. Untuk maklumat lanjut anda boleh melawat laman Wikipedia ya.

Entry kali ni shuzack nak ajar anda cara menghasilkan kod QR anda sendiri. Caranya amatlah mudah. Cuma layari laman Online QR-code Maker, isi maklumat yang anda perlukan dan muat turun kod QR yang dihasilkan. Anda boleh 'embed'kan kod tadi pada gambar profil Facebook anda atau share sebagai kod rahsia kepada rakan-rakan anda.

Lastly, shuzack nak anda scan kod QR pada gambar dibawah pula. Apa mesej terkandung didalamnya? Selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment